IQNA

4 perkara penting malam al-Qadr

10:48 - April 10, 2023
Berita ID: 3102408
TEHRAN (IQNA) - Menurut ayat-ayat Al-Quran, Malam al-Qadr adalah malam yang paling mulia di sisi Allah; beribu-ribu pahala dan keutamaan telah diucapkan dan ditulis, oleh itu malam ini mempunyai keistimewaan dan keutamaan di kalangan umat Islam.

Perkara pertama: «عظمة» "Kehebatan" - Malam al-Qadr adalah terbaik dari seribu bulan;

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

"Malam Qadar itu lebih berharga daripada seribu bulan". (Qs, al-Qadr: 3).

Nilai malam ini adalah kerana turunnya wahyu Al-Quran pada malam ini. Kebesaran Malam Qadar menyebabkan pahala amal soleh yang dibuat pada malam ini menjadi berlipat ganda .

Perkara kedua: «تعداد» "Berbilangan"; Telah diterima oleh semua umat Islam bahawa malam Qadar berlaku pada bulan suci Ramadan, dan tidak ada keraguan tentangnya. Kerana Allah berfirman:

شَهْرُ رَمَضانَ الَّذی أُنْزِلَ فیهِ الْقُرْآنُ

“Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran". (Qs, Baqarah, 85).

Dan ayat:

إِنَّا أَنْزَلْناهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

"Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadar." (Qs, al-Qadr: 1).

Allah telah menyembunyikan jawapan di antara doa-doa supaya orang-orang yang beriman berterusan berdoa; Sebagaimana Allah telah menyembunyikan masa kematian agar manusia dapat bersedia sepanjang masa, atas dasar ini, malam Qadar adalah rahsia dan waktunya tidak diketahui. Imam Ali (as) percaya bahawa sebab rahsia malam Qadar adalah kerana orang-orang beriman dapat menganggap lebih banyak malam Qadar untuk menghidupkan ibadah dan amal soleh di malam-malam qadar.

Sehubungan itu, bilangan malam Qadar adalah salah satu daripada malam ke-19, ke-21, ke-23, dan ke-27 di bulan Ramadan, dan umat Islam menghiupkan ibadah khusus untuk memanfaatkan malam ini.

Perkara ketiga: "Kebangkitan" - Bangkit menghidupkan malam qadar. Salah satu ibadah yang bersifat mustahab malam al-Qadr adalah berjaga pada malam ini. Nasihat hadis-hadis tentang bangun pada Malam Qadar ialah; seseorang hendaklah berjaga sehingga terbit fajar, kerana tempoh masa "Malam Qadar" adalah dari terbenam matahari hingga terbit fajar.

Perkara keempat: "Membaca Al-Quran dan berdoa". Malam-malam Lailatul Qadar ialah malam yang menjadi istimewa dengan bacaan Al-Quran, zikir dan doa serta memohon keampunan untuk diri sendiri, ibu bapa dan semua orang beriman.

Imam Baqir (as.) berkata:

لکُلّ شَیءٍ رَبیعٌ و رَبیعُ القرآن شَهرُ رَمَضان

“Untuk semua sesuatu ada musim bunganya, dan musim bunga Al-Quran adalah bulan Ramadan".

Orang beriman berdoa untuk orang lain dan memohon keampunan pada malam-malam yang berharga ini. Telah diriwayatkan daripada para wali Allah bahawa mereka telah berhujah untuk kaedah ini bahawa apabila kita berdoa untuk orang lain, malaikat ilahi mendoakan kita dan doa mereka pasti dimakbulkan, tetapi jika kita berdoa untuk diri kita sendiri, kerana dosa yang kita lakukan, ia adalah berkemungkinan untuk tiada tindak balas doa dari para malaikat.

Pelbagai doa telah diterima daripada Nabi, para Imam dan pemuka agama, yang sepatutnya digunakan pada Malam-malam Qadar, kerana kita melihat kecemerlangan kandungan dan makna dalam doa-doa ini, yang dengan sendirinya membuktikan kandungannya yang berharga.

Beberapa doa yang sesuai dibaca pada malam-malam qadar ialah doa Makarim-ul-Akhlaq, doa Jaushan Kabir, doa taubat dan lain-lain doa yang termasuk dalam kitab doa Sajjadiyah yang bersumber dari al-Imam Ali Zainul Abidin (as).

captcha