IQNA

Malam Qadr; Satu Peluang dengan keluasan seumur hidup

8:54 - April 24, 2022
Berita ID: 3101013
TEHRAN (IQNA) - لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ - "Malam Kemuliaan itu lebih utama daripada seribu bulan" (Qs, al-Qadr, 3); Ini adalah ayat yang disebutkan secara jelas dalam Al-Quran dan satu malam bernilai seribu bulan. Tetapi mengapa Lailatul Qadar begitu berharga dan mengapa ia dinilai bersamaan dengan seribu bulan?

Laporan IQNA; Ramadan adalah bulan Perjamuan Allah dan jantung bulan ini adalah Malam Kemuliaan-al-Qadr. Malam curahan rahmat Ilahi, pengampunan dosa dan malam penuh keagungan yang dianjurkan untuk memperdalam-mempererat hubungan dengan Allah (SWT) dengan membaca Al-Quran, mendirikan solat dan berdoa kepadaNya.

Nasihat yang paling penting tentang Lailatul Qadar ialah bangun sehingga matahari terbit. Pada sepuluh hari ketiga Ramadan, Nabi (SAW) akan melipat tempat tidurnya dan pergi ke masjid untuk i'tikaf, walaupun kadang-kadang ketika hujan, masjid di Madinah tidak berbumbung, Baginda tidak akan meninggalkan masjid, beliau (SAW) terjaga sepanjang malam.

Para pemuka agama telah mengatakan bahawa ukuran dan jenis peristiwa setahun ditentukan pada malam ini, iaitu Allah (SWT) yang menentukan perkara-perkara seperti hidup, mati, rezeki, kebahagiaan dan kesengsaraan manusia (Tafsir al-Mizan), dan perbuatan manusia pada malam ini berkesan dalam takdir untuk setahun berikut baginya.

Aspek kehidupan akhirat (syurga dan neraka) dan maksud takdir urusan dunia telah dijelaskan dalam sumber Islam. Tetapi set Ibadah dan amalan yang disyorkan pada malam Qadar tertumpu untuk mengekalkan ingatan kepada Allah (SWT) di dalam hati. Menyatakan taubat dan berazam sungguh-sungguh untuk meninggalkan berlaku dosa dan mengambil keputusan bercita-cita besar untuk masa depan adalah tema utama yang terdapat dalam semua anjuran untuk menghidupkan ibadah di malam Qadar. Demikian hal ini dapat di baca dalam doa-doa terkenal dari riwayat para Imam suci Ahlulbait (as), seperti doa yang dikenal dengan nama 'doa Iftitah' dan 'doa Abu Hamza Thumali'.

Jika kita ingin mempertimbangkan satu tajuk untuk malam ini, kita mesti mengatakan bahawa malam Qadar (penentuan nasib - takdir  manusia untuk tahun berikutnya) sebenarnya sebagai malam giliran manusia untuk sungguh-sungguh menuju Tuhan. Rasulullah (SAW) bersabda:

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّات

Bermaksud: “Sesungguhnya perbuatan itu disengajakan dengan adanya niat"- [Nilai] perbuatan manusia bergantung kepada niat," dan Malam Qadar sebagai malam yang dipengaruhi oleh niat manusia dan  bertujuan untuk mempengaruhi niat manusia supaya memasang niat untuk takdirnya pada usia hidup berikutnya.

Banyak perbuatan orang Islam yang serupa dengan perbuatan manusia lain, tetapi dalam syariat Islam ada ganjarannya; makan, minum, bekerja, menuntut ilmu, menolong orang susah dan lain-lain, malah orang mukmin yang tidur dan bernafas di bulan Ramadan mendapat pahala, kenapa? Kerana ia dilakukan untuk mentaati perintah Allah (SWT) dan dengan niat mendekatkan diri kepada Tuhan dan berdasarkan perhatian kepada sifat-sifat ketuhanan Allah (SWT). Penyucian niat manusia memerlukan keputusan besar atau azam yang kuat, dimana hal ini menjadi mudah dibuat pada Malam Qadar.

Dengan pandangan inilah ayat yang mulia ini difahamkan: "Malam Kemuliaan (al-Qadar) itu lebih baik - lebih utama daripada seribu bulan" (Qs, al-Qadr, 3).

Seribu bulan adalah kira-kira 83 tahun, yang mungkin merujuk kepada purata jangka hayat manusia. Iaitu, dalam satu malam, seseorang boleh mencapai pencapaian yang dalam keadaan biasa tentu harus memerlukan usaha seumur hidup. Tetapi di malam Qadar yang mulia, pencapaian ini hanya diperoleh dengan cara niat ikhlas yang murni kerana ingin keredaan Allah (SWT), sambil memohon pengampunan dosa-dosa pada usia yang sudah lalu dan mengarahkan harapan tingkah laku masa depan manusia dan menempatkannya di kalangan manusia yang soleh.

* Takdir bermaksud menentukan ukuran dan peristiwa. Dimana ketentuan ini telah ditentukan oleh Allah (SWT) untuk dunia. Takdir tidak ada percanggahan dengan kebebasan kehendak manusia dan isu usaha manusia, kerana taqdir ilahi adalah menurut kelayakan, kelebihan individu dan tahap keimanan dan ketakwaan serta kesucian niat dan tindakan mereka. Oleh itu hakikat sesuatu telah ditakdirkan untuk semua orang berdasarkan apa yang disediakan oleh individu itu.

captcha