IQNA

Amalan khas untuk malam 23 Ramadhan

16:10 - April 02, 2024
Berita ID: 3104189
IQNA - Sejumlah doa dan tilawat khusus; membaca Surah al-Qadr, Ankabut dan Rum adalah antara amalan khusus yang paling dianjurkan pada malam 23 Ramadhan.

Malam ini adalah malam ke-23 Ramadhan tahun ini. Malam Lailatul Qadar ini harus dihargai kerana kemungkinan berlakunya Qadar lebih dari malam-malam yang telah berlalu. 

Malam ini adalah peluang yang menentukan terakhir tahun ini; Apapun yang telah kita lakukan, marilah! kita hargai malam ini dan jangan sampai takdir kita tercatit untuk tahun hadapan tanpa kehambaan; ibadah, ziarah, khidmat bakti kepada manusia, kedermawanan dan tentunya cinta kepada Muhammad dan keluarganya (SAW).

Ayuh! kita beri peluang pada diri kita malam ini untuk menjamin peluang masa hadapan, untuk mendapat lebih banyak manfaat daripada peluang besar ini, banyak amalan yang telah dianjurkan oleh para Imam suci Ahlulbayt Nabi (SAW). 

Amalan ini biasanya terdiri daripada dua kategori; Amalan yang biasa untuk ketiga-tiga malam Qadar dan amalan khas setiap malam Qadar;

- Mandi
- Berjaga malam dengan solat
- Doa dan ibadat
- Solat dua rakaat khas Malam Qadar
- Membaca Al-Quran
- Membaca Ziyarat Imam Husain (as).
- Membaca Doa Jausyan Kabir «دعاء جوشن الکبیر» dan solat seratus rakaat adalah antara perbuatan yang lazim bagi ketiga-tiga malam Qadar.

Tetapi untuk malam 23 Ramadhan, tindakan khusus juga disyorkan, termasuk:

Doa khas pada malam 23 Ramadhan;
Doa pertama: 

یا رَبَّ لَیْلَهِ الْقَدْرِ وَجاعِلَها خَیْرا مِنْ اَلْفِ شَهْرٍ، وَرَبَّ اللَّیْلِ وَالنَّهارِ وَالْجِبالِ وَالْبِحارِ وَالظُّلَمِ وَالاْنْوارِ وَالاْرْضِ وَالسَّماءِ یا بارِئُ یا مُصَوِّرُ، یا حَنّانُ یا مَنّانُ، یا اَللّه ُ یا رَحْمانُ (یا حَیُّ) یا قَیُّومُ یا بَدیءُ یا بَدیعَ السَّماواتِ وَالاَْرْضِ یا اَللّه ُ یا اَللّه ُ یا اَللّه ُ یا اَللّه ُ یا اَللّه ُ یا اَللّه ُ یا اَللّه ُ، لَکَ الاْسْماءُ الْحُسْنی وَالاْمْثالُ... .

"Wahai Tuhan yang menguasai malam takdir dan menjadikannya lebih baik daripada seribu bulan, dan Tuhan malam dan siang, gunung-gunung dan laut, Tuhan kegelapan dan cahaya, bumi dan langit, wahai yang menanggung, wahai yang melukis, wahai yang maha santun, ya Allah ya Rahman, wahai yang maha hidup, wahai Qayyum (yang maha berdiri sendiri), wahai yang memulai ciptaan langit dan bumi, ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah, bagi-Mu nama-nama yang baik dan permisalan...(Selengkapnya lihat kitab Doa Mafaatihul Jinan).

Doa kedua: 

سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلائِکَهِ وَالرُّوحِ، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الرُّوحِ وَالْعَرْشِ، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ السَّماواتِ وَالاْءَرَضِینَ، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْبِحارِ وَالْجِبالِ، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ یُسَبِّحُ لَهُ الْحِیتانُ وَالْهَوامُّ وَالسِّباعُ فِی الآکامِ، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ سَبَّحَتْ لَهُ الْمَلائِکَهُ الْمُقَرَّبُونَ، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ عَلا فَقَهَرَ، وَخَلَقَ فَقَدَرَ.

"Maha suci Tuhan para malaikat dan ruh suci, maha suci Tuhan jiwa dan takhta Arsy, maha suci Tuhan lapisan langit dan bumi, maha suci Tuhan mata air dan gunung-ganang, maha suci Tuhan  yang semua memuliakan dan mensucikannya dari ikan di laut hingga binatang di darat, Maha suci Tuhan yang para malaikat maqarabun bertasbih padaNya, maha suci, agung dan perkasa, mencipta dan memberi ukuran dalam ciptaanNya". 

Kemudian mengucapkan Tujuh kali masing-masing;  سُبُّوحٌ dan قُدُّوسٌ

Doa ketiga: 

اللّهُمَّ امْدُدْ لِی فِی عُمْرِی، وَأَوْسِعْ لِی فِی رِزْقِی، وَأَصِحَّ جِسْمِی، وَبَلِّغْنِی أَمَلِی، وَإِنْ کُنْتُ مِنَ الاْءَشْقِیاءِ فَامْحُنِی مِنَ الاْءَشْقِیاءِ وَاکْتُبْنِی مِنَ السُّعَداءِ، فَإِنَّکَ قُلْتَ فِی کِتابِکَ الْمُنْزَلِ، عَلی نَبِیِّکَ الْمُرْسَلِ صَلَواتُکَ عَلَیْهِ وَآلِهِ «یَمْحُوا اللّهُ ما یَشاءُ وَیُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْکِتابِ.

"Ya Allah semoga Engkau panjangkan umurku, dan tambahkan rezekiku, dan sihatkan badanku, dan capaikan cita-citaku, jika sekiranya aku tergolong orang-orang yang celaka maka Engkau hapuskan aku dari golongan mereka dan Engkau tuliskan aku termasuk golongan yang bahagia, kerana Engkau berfirman dalam kitab suci yang Engkau turunkan atas NabiMu yang diutus, salam sejahtera atasnya dan atas keluarganya";

یَمْحُوا اللّهُ ما یَشاءُ وَیُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْکِتابِ
"Allah akan menghapus apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan Apa yang dikehendaki-Nya dan disisi-Nya terdapat kitab induk".

- Amalan lain di malam ini sebagai yang disarankan adalah membaca surah-surah khas dari  Al-Quran;

Disarankan untuk malam istimewa ini membaca Surah "al-Qadr" sebanyak seribu kali yang memberi kesan bagi pembacanya; pasti akan mengakui kewibawaan wilayah para Imam suci Ahlulbat Nabi (SAW) secara sempurna. 

Juga, Imam Sadiq (as) berkata, yang bermaksud: Sesiapa yang membaca Surah Ankabut dan Surah Rum pada malam kedua puluh tiga, demi Allah bahawa dia tergolong ahli Syurga. 

Seseorang yang membaca Surah Dukhan sebanyak 100 kali pada setiap malam Ramadhan dia boleh meyakini bahawa dia akan sampai ke malam 23 al-Qadar.

- Doa untuk keselamatan Imam al-Mahdi (as)
Telah diriwayatkan daripada Imam suci Ahlubayt (as) bahawa Doa ini hendaknya sentiasa dibaca termasuk pada malam kedua puluh tiga bulan Ramadhan ketika sujud, berdiri, duduk dan dalam semua keadaan, dan juga pada setiap masa di bulan ini, sebanyak anda boleh dan setiap kali apabila anda mengingati suatu masa dalam hidup anda, anda membacanya, selepas itu berselawat ke atas Nabi (SAW);

اللّهمّ کن لولیـّک الحجّة بن الحسن، فی هذه السّاعة و فی کلّ ساعةٍ، ولیـّاً و حافظاً، و قائداً و ناصراً، و دلیلاً و عیناً، حتّی تسکنه أرضک طوعاً و تمتّعه فی‌ها طویلاً

"Ya Tuhan jadikan pembimbingan, penjagaan, kepimpinan, pertolongan, penunjukkan dan pendokong untuk waliMu al-hujah ibnil Hasan di saat ini dan di setiap saat, sebagai menjadi tenang dengannya bumi-Mu ditaati dan dilimpahi kenikmatan bersama kepimpinannya dalam masa yang panjang".

- Amalan lain yang juga sangat disyorkan adalah Membaca Al-Quran sebanyak mungkin;
Allahyarham Allamah Majlisi berkata dalam kitab "Zaadu al-Ma'ad" «زادالمعاد»: Pada malam ini, bacalah Al-Quran sebanyak mungkin dan gunakan doa Sahifah Kamilah Sajjadiyyah «صحیفه کامله سجادیه», terutama Doa “Makaarim al-Akhlaq” «مکارم الاخلاق» dan Doa “Taubat” «توبه».

4207972

tanda nama: Ramadhan malam qadar
captcha