IQNA

Analisis sunnah Iktikaf;

Iktikaf perlu jadi budaya masyarakat muslim/contoh program iktikaf satu masjid sederhana Tehran

23:32 - January 27, 2024
Berita ID: 3103812
IQNA - Iktikaf «اعتکاف» ialah tinggal di masjid dalam tempoh tertentu (sekurang-kurangnya tiga hari) bersama dengan puasa. Iktikaf tidak mempunyai waktu tertentu, tetapi dalam hadis, ia dianggap waktu terbaik untuk menjalaninya pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Dalam iktikaf, cara tinggal dan keluar masjid ada peraturan dan adab. Di Republik Islam Iran, upacara Iktikaf diadakan di masjid-masjid besar dan sederhana pada hari al-Bayd «ایام البیض» (14, 13 dan 15) bulan Rejab.

Laporan IQNA; Menurut hadis, Iktikaf adalah sama dengan haji dan umrah dan membawa kepada pengampunan dosa dan pembebasan daripada api neraka, hari ini Sabtu 15 Rejab 1445HQ, berakhirnya hari iktikaf yang diraikan di Masjid-masjid besar dan sederhanah di Republik Islam Iran.

Sunnah iktikaf satu sunnah Islam yang perlu diperkasakan oleh masyarakat muslim di seluruh dunia, kerana ianya berfaedah untuk langkah mengkaji kembali surat diri sendiri setiap muslim, sebelum surat amalan itu dibuka di hari kiamat nanti, yang akan ditutup peluang untuk memperbaiki kesilapan dan pengampun dosa yang pernah dibuat.

Apabila sepanjang tahun manusia memiliki peluang untuk dilewatinya bersama kesibukan yang pelbagai yang berkaitan dengan urusan untuk bertahan hidup dari keperluan materinya, maka manusia juga perlu, malahan ianya perlu menjadi perhatian utama untuk keselamatan diri dari akibat dosa dan kelalaian terhadap keperluan maknawinya, Allah SWT telah membuka peluang untuk ini dengan firmanNya;

وَعَهِدْنَا إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

"Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud". (Qs, Al-Baqarah 2:125).

Secara makna umum iktikaf satu peluang berkhalawat (fokus kepada diri dan hubungannya dengan Tuhan) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam menjalani pelbagai program ibadah; termasuk pelbagai solat sunnah, doa dan tawassul kepada Ahlulbayt suci Nabi besar Muhammad (SAW) serta bertilawah dan tadabur dalam makna yang terkandung dalam Ayat-ayat suci firman Allah SWT.

Sebagai contoh di satu masjid sederhana di Republik Islam Iran, yang bernama masjid Syuhada Setarekhan Tehran «مسجد شهدا ستارخان تهران»; satu diantara masjid yang dibangun atas usaha keluarga Syuhada yang terletak di barat Tehran.

Pengurusi masjid dalam memprkenalkan masjid ini berkata; masjid ini dilengkapi dengan perpustakaan dan dewan kajian serta Darul Quran, yang mempunyai program untuk kanak-kanak dan belia serta umum, masjid ini juga mempunyai pusat pelayanan kesihatan yang dipanggil maktab kedokteran setaraf klinik kesihatan umum, dan juga maktab pergigian dan juga tersedia pejabat mobilisasi masyarakat am (bhs.Farsi "Basiji" «بسیجی» .

Masjid ini berdasarkan rancangan program tahun 1445HQ badan kepengurusannya cuba mengambil peluang yang sangat mulia dan penuh berkah ibadah bulan Rejab al-Murajab tahun ini iaitu di hari-hari putihnya «ایام البیت» dengan menganjurkan program iktikaf, bersama kehadiran 50 peserta yang dibahagi kepada dua kategori lelaki dan wanita, dalam tiga hari iktikaf pelbagai program telah dibuat termasuk; ceramah dalam tajuk-tajuk yang berkenaan dengan memperkasakan kesadaran diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan taubat dan motivasi menjalankan ibadah penuh keikhlasan kepadaNya", Pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran, mubtahal; syair-syair pujian dan peringatan maulidul kaabah Imam Ali (as) pada malam dan hari 13 Rejab, serta memperingati haul kewafatan hazrat Zainab al-Kubra; putri Imam Ali (as) pada malam dan hari 15 Rejab, program solat berjamaah, dan juga menyiapkan makan sahur dan buka puasa (iftar).

Masjid ini baharu sahaja selesai menjalankan program iktikafnya; Para jemaah iktikaf «معتکفین» bulan Rejab tahun ini telah pulang kembali ke tempat tinggal masing-masing dengan membawa suka cita penuh makna yang diharapkan dari Allah SWT, menerima dan memberkati amalan dan perhatian hambaNya terhadap pengetahuan tentang ketuhanan Allah SWT dan kehambaan diri seorang insan, membangkitkan rasa kesadaran dan perhatian kepada yang membawa pada keabadian ganjaran dan kebahagiaan yang sebenarnya iaitu berazam untuk tidak melanggar undang-undang Allah SWT semasa peluang hidup di dunia ini, dan sentiasa kembali memohon ampunan dari kesilapan dan kelalaian diri berkenaan dengan urusan yang pasti akan dipertanggungjawabkan nanti di hari kiamat, termasuk urusan dengan hak sesama manusia yang mungkin pernah dilanggar dan digunakan tampa izin.

Itikaf perlu jadi budaya masyarakat muslim/contoh program itikaf satu masjid sederhana Tehran

Itikaf perlu jadi budaya masyarakat muslim/contoh program itikaf satu masjid sederhana Tehran

Itikaf perlu jadi budaya masyarakat muslim/contoh program itikaf satu masjid sederhana Tehran

Itikaf perlu jadi budaya masyarakat muslim/contoh program itikaf satu masjid sederhana Tehran

Itikaf perlu jadi budaya masyarakat muslim/contoh program itikaf satu masjid sederhana Tehran

Itikaf perlu jadi budaya masyarakat muslim/contoh program itikaf satu masjid sederhana Tehran

Itikaf perlu jadi budaya masyarakat muslim/contoh program itikaf satu masjid sederhana Tehran

Itikaf perlu jadi budaya masyarakat muslim/contoh program itikaf satu masjid sederhana Tehran

*Siri Memperkasa sunnah Iktikaf dalam budaya Dunia Muslimin - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

captcha