IQNA

Analisis Al-Quran; Jihad pembelaan orang tertindas/3

Sebab Kemusnahan Rejim Zionis Penjenayah

23:22 - January 22, 2024
Berita ID: 3103797
IQNA - Al-Quran banyak mengandungi ayat-ayat tentang kisah kemusnahan suatu kaum atau seorang individu atau satu rejim pemerintahan, semuanya kemusnahan mereka disebabkan kerana kelakuan jenayah mereka; sama ada jenayah itu dalam bentuk kelakuan dosa berkaitan dengan diri sendiri sahaja atau berkaitan dengan orang ramai/lain atau lingkungan alam.

Diantara penjenayah yang musnah yang dikisahkan oleh Al-Quran adalah;

  1. Firaun/Namrud
  2. Qarun
  3. Haman
  4. Daulah Saba
  5. Pemilik kebun yang kedekut kepada fakir miskin
  6. Kaum (Tsamud, Aad, kaum nabi Iliyas dll)
  7. Bani Israil
  8. Ashabul Fiil
  9. Abu Lahab dan Isterinya


وَ لَقَدْ أَهْلَکنَا الْقُرُونَ مِنْ قَبْلِکمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَ جاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَیناتِ وَ ما کانُوا لِیؤْمِنُوا کذلِک نَجْزِی الْقَوْمَ الْمُجْرِمِینَ
"Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim (jenayah) padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan - jenayah". (Qs, Yunus 10:13). 

Diantara Sifat-sifat penjenayah yang disebut dalam Al-Quran dan Al-Hadis:

  1. Kesombongan/Berlaku Apartheid
  2. Tidak beriman kepada Allah dan RasulNya
  3. Mendustakan kebenaran Allah dan RasulNya
  4. Berlaku Musyrik (sembah berhala, memiliki pemikiran menentang Tauhidullah)
  5. Mengikuti Syaitan
  6. Mengubah Ayat-ayat Allah (Merubah hukum yang ditetapkan Allah)
  7. Lalai dari kebenaran Islam (tidak taat kepada Allah dan RasulNya)
  8. Membenci atau tidak menunjukkan rasa cinta untuk mendapat syafaat Nabi (SAW) dan keluarganya (Islamofobia)
  9. Membuat kerosakan di Bumi (membakar hutan, membom kehidupan manusia dll)
  10. Bohong, menipu dan berkhianat terhadap manusia
  11. Mencuri
  12. Merampas, mencerobohi, menggasab
  13. Membunuh (yang tidak berhak dibunuh)
  14. Mengurangi timbangan dalam berjual/melebihkan apabila membeli
  15. Tamak akan harta duniawi (Menumpuk-numpukkan harta)
  16. Riba
  17. Mengusir orang dari tanah air dan rumahnya
  18. Menghalang orang untuk beribadah dan berzikir kepada Allah
  19. Hasad dengki
  20. Mencari-cari kesalahan orang lain
  21. Menfitnah dan ikut menyebarkan fitnah
  22. Mendekati dan melakukan zina
  23. Tabaruj jahiliah
  24. Meninggalkan solat
  25. Tidak menunaikan kewajipan berpuasa
  26. Meninggalkan Zakat
  27. Meninggalkan bayar khums
  28. Memutus silaturahim
  29. Memecah persaudaraan (mengadu domba)
  30. Derhaka kepada ibubapa (memukul dan bermusuhan dengannya)
  31. Selingkuh
  32. Mengabaikan tanggujawab keluarga (memberi nafkah dan tarbiah)
  33. Mengabaikan hak saudara semuslim (seperti; tidak memberi makan apabila diketahui ia lapar dll keperluan asas kehidupannya)
  34. Membangga-banggakan kerana memiliki harta dan ahli keluarga yang banyak
  35. Menghardik dan menghina anak yatim (memakan harta anak yatim)
  36. Berlaku ganas, sadis dan keji (Bergaduh, bertengkar)
  37. Membazir/boros
  38. Minum dan memakan makanan yang haram (Arak, babi, bangkai, darah dll)
  39. Meninggalkan kewajipan haji apabila telah mampu
  40. Bergaul dengan musuh Allah dan NabiNya
  41. Berlaku serupa dengan musuh Allah dan NabiNya
  42. Melakukan onani
  43. Berkahwin dengan haiwan
  44. Berkahwin dengan sesama jenis
  45. Berkahwin dengan muhrim (anak, bapa, mak, nenek, datuk, saudara, mak saudara, bapa saudara dll).
  46. Menonton pornografi
  47. Melampau balas dendam
  48. Menghayal berbuat zina
  49. Memandang bernafsu kepada muhrim dan bukan muhrim selain suami-isteri
  50. Jimak dengan Isteri dalam keadaan haid dan nifas
  51. Menggibah (Membicarakan aib saudara semuslim)/menghinanya
  52. Mencampuri urusan orang lain yang bukan haknya
  53. Rasuah/menolong dalam kemungkaran
  54. Meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar
  55. Tidak bersedia melawan pelaku jenayah/Tidak membela mazlum jika berkemampuan melawan Penzalim
  56. Berjudi
  57. Berkata "Ah" atau tidak mentaati ibubapa/berkata kasar
  58. Malas berbuat kebaikan
  59. Suka menjahati haiwan, tumbuhan atau orang (menyakiti makhluk)
  60. Berbuat yang tidak berfaedah untuk mendapatkan pahala dari Allah
  61. Suka berada bersama pelaku kemaksiatan (bersekongkol dalam kejahatan)
  62. Tidak menutup aurat yang diwajibkan oleh Islam untuk menutupnya
  63. Mendengar pembicaraan dan muzik yang melalaikan dari ingat Allah
  64. Mengajak orang untuk berlaku kedekut/tidak mengeluarkan zakat dll kebajikan
  65. Membangun tempat-tempat untuk kemaksiatan
  66. Merobohkan masjid, mengoyakkan Al-Quran (Memusnahkan sumber kebajikan)
  67. Menyebar luaskan kemungkaran (mengajar berlaku jahat)
  68. Menyusahkan orang lain
  69. Berputus asa dari rahmat Allah
  70. Membunuh diri
  71. Sihir orang (meminta bantuan kepada Jin untuk berlaku jahat)
  72. Mencampurkan hak dan batil/tidak berlaku adil
  73. Tidak menuntut ilmu Agama Islam yang diwajibkan untuk mengetahuinya
  74. Tidak berusaha menuntut ilmu dan kebajikan (perbaikan akhlak, keluarga dan masyarakat).
  75. Berlaku tadayus (tidak cemburu - untuk menjaga ifat-maruah keluarganya).
  76. Malas mencari rizeki halal dan jihad di jalan Allah.
  77. Bersifat munafik (dua wajah) dan riak
  78. Takut pada selain Allah tetapi berani menentang Allah
  79. Menyembunyikan kebenaran
  80. Banyak bersumpah - tidak sesuai dengan amal

*Definisi "jenayah": Perbuatan Kejahatan (seperti: mencuri, merompak, membunuh, mencerobohi dll) yang salah di sisi undang-undang (perbuatan salah di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: Polis menganggap perkara itu sebagai satu perbuatan jenayah yang nekad, jenayah harta; kejahatan yang bersangkutan dengan harta (seperti; mencuri, merompak, menipu, pecah amanah dll), jenayah kolar putih (perbuatan) jenayah yang dilakukan oleh mereka yang bertugas dalam bidang pengurusan (profesional dsb) biasanya oleh mereka yang berkedudukan penting dalam perkhidmatan awam (syarikat dll), jenayah komputer; jenayah yang dilakukan dengan menggunakan sistem komputer untuk mencari maklumat, wang dll, kesalahan, jenayah kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah, penjenayah; orang yang melakukan jenayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

*Siri Kebangkitan jihad membela orang tertindas - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

captcha