IQNA

Ketidakbersyukuran manusia adalah permulaan kekufurannya.

10:17 - January 09, 2023
Berita ID: 3102054
TEHRAN (IQNA) - Kufur (کفر) adalah lawan dari bersyukur (شکر), dan istilah ini, merujuk kepada pengingkaran terhadap salah satu asas agama, yang dimulai dengan ketidakbersyukuran kerana jika seseorang mengakui kewujudan Pemberi nikmat (مُنعِم - Tuhan), maka dia tidak akan pernah jatuh ke lembah kekufuran. Pengakuan (kepercayaan-Iman) seseorang terhadap kewujudan Mun'im sebagai salah satu asas Islam dan bersyukur kepada Mun'im adalah bukti pengakuan ini.

Laporan IQNA; Hujjatul-Islam wal-Muslimin Hadi Abbasi Khorasani (حجة الاسلام والمسلمین هادی عباسی خراسانی), profesor Hauzah Ilmiah, dalam sesi tafsir Al-Quran, yang diadakan di Hauzah Qom dengan fokus pada ayat 32 dan 33 Surah A-li 'Imran, menyatakan beberapa perkara tentang isu kekufuran, yang akan anda baca di bawah:

Allah berfirman dalam dua ayat ini:

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِيمَ وَآلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir - Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing)." (Qs, A-li'Imraan 3:32 - 33).

Perkara pertama yang boleh didapati daripada ayat-ayat ini ialah cinta (محبة) adalah gabungan antara; mengikuti (تبعیة), ketaatan (طاعة), dan pengetahuan (pengenalan; ma'rifat - معرفة). Semua prinsip hidup manusia adalah berdasarkan cinta, dan cinta adalah perantara antara manusia dan Tuhan. Alamat yang diungkapkan dalam ayat ini adalah ucapan khusus dan tajuk ketaatan dijelaskan dalam ayat ini. Sebab perkataan "taat" «اطیعوا» tidak diulang adalah kerana ketaatan kepada Allah dan Rasul (SAW) tidak terpisah antara satu sama lain.

Bersyukur vs Kekufuran
Lazimnya di dalam Al-Quran;  perilaku kufur diletakkan berhadapan kebersyukuran, contoh ayat:

إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا

"Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)." (Qs, al-Insaan 76:3).

“Kufur” dalam erti kata masyhur, yang merujuk kepada penafian terhadap salah satu keperluan agama, bermula dengan tidak bersyukur, kerana jika seseorang itu mengakui adanya Pemberi nikmat, dia tidak akan pernah jatuh ke lembah kekufuran.

Al-Quran adalah kitab induk buku-buku sejarah
Perkara lain tentang ayat ini ialah pokok kenabian dan utusan Tuhan dinyatakan secara ringkas. Al-Quran bukanlah buku sejarah, tetapi ia adalah ibu kepada buku-buku sejarah, iaitu prinsip-prinsip sejarah dinyatakan di dalamnya, tetapi anekdot atau perincian kisah-kisah sejarah tidaklah dinyatakan dalam Al-Quran, kecuali beberapa kisah yang mengandungi perkara penting. Hasil perbicaraan dalam ayat tersebut ialah garis besar ketaatan kepada Allah dan Rasul disebutkan dalam pernyataan yang satu.

Perkara seterusnya ialah nubuatan dan misi utusan Tuhan - kerasulan adalah sama dari segi kebenaran, tetapi ia berbeza dari segi masa. Kenabian (نبوة), dakwah - risalat / kerasulan - utusan Tuhan (رسالة) dan imamah (امامة) mempunyai keperibadian sebenar (شخصیة حقیقی) dan juga keperibadian secara undang-undang ( شخصیة حقوقی) - (hak secara hukum Syariah) . Dalam keperibadian undang-undang, semua mereka memiliki kesatuan maqam, tetapi dalam keperibadian sebenar, mereka berbilang dan saling berbeza. Atas sebab ini, prinsip Imamah adalah sama dengan prinsip nubuah dan kerasulan semua sebagai satu rangkaian yang perlu ditaati dari segi hukum syariah, tetapi penentuan Imamah adalah memiliki perbezaan. Nabi Ibrahim mencapai maqam Imamah setelah melalui ujian yang sempurna, namun bagi zuriat yang didoakannya adalah melalui Nabi Muahammad (SAW).

Dalam keperibadian undang-undang, semua adalah mempunyai kesatuan, tetapi dalam keperibadian sebenar, mereka berbilang. Atas sebab ini, prinsip Imamah adalah sama dengan prinsip nubuatan, tetapi penentuan Imamah berbeza.

Satu lagi perkara penting yang perlu disebutkan ialah setiap misi itu ada darjatnya, yang bermaksud ada di antara para nabi yang lebih mulia daripada yang lain, seperti Nabi (SAW) paling mulia dari seluruh Rasul ulul Azmi (as).

captcha