IQNA

Aidulfitri; Manifestasi kesatuan umat Islam sedunia

9:06 - May 03, 2022
Berita ID: 3101042
TEHRAN (IQNA) - Aidulfitri merupakan manifestasi kesatuan umat Islam sedunia dan faktor mengeratkan hubungan sosial. Ini adalah hari untuk mengingatkan kepentingan persaudaraan dan perpaduan umat Islam untuk menentang musuh-musuh kemanusiaan dan menaikkan panji-panji keadilan dan perpaduan di seluruh dunia.

Laporan IQNA; Sheikh Abdullah Daryaee, seorang ulama fiqh dan ilmu Islam dan salah seorang ulama Sunni di Iran, dalam temu bual dengan IQNA, semasa mengucapkan selamat hari raya Aidulfitri, bercakap tentang falsafah hari ini. Anda boleh membaca beberapa perkataan ini di bawah:

Ramadan adalah bulan perkhidmatan, dan pada hakikat nya kita melatih jiwa kita ke arah apa yang berguna untuk diri, masyarakat, sesama manusia dan alam sekeliling kita - mencapai Taqwa, bahwa ia nya sebagai perkhidmatan besar, yang tiada lain menjadi tujuan berpuasa.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Qs, Al-Baqarah 2:183)

Kepentingan Utama Hari Raya Aidulfitri

Keutamaan Aidulfitri mempunyai dua aspek;
Pertama, Tuhan Pencipta semesta alam telah memberikan kita hari ini sebagai hari raya, yang merupakan tanda kasih-Nya kepada kita.

Kepentingan kedua hari raya Aidulfitri ialah mengeratkan ikatan sosial, menghilangkan kebencian dan kedengkian dari hati, mengingatkan kita tentang persaudaraan iman dan kemanusiaan, dan mengubah "aku" menjadi "kita", dan pada hari ini kita menyeru;

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara". (Qs, Al-Hujraat: 10).

Keistimewaan Hari Raya Aidulfitri

Hari raya ini adalah salah satu dari Syiar-syiar Islam; menghormati, membesarkan dan mengagungkan Syiar-syiar Islam adalah tanda ketakwaan hati:

«ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ»
"Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin." (Qs, Al-Hajj 22:32)

Solat Aidulfitri merupakan salah satu Ibadah di hari raya besar syiar Islam ini dan manifestasi kesatuan umat Islam sedunia. Pada hari ini, semua umat Islam di dunia, yang berbeza-beza mazhab, dengan rendah hati berdiri di hadapan Allah dalam kesyukuran dan mempamerkan keagungan Islam dalam semangat yang tidak dapat digambarkan selepas sebulan berlatih dalam kelas berpuasa dan melawan keinginan buruk hawa nafsu.

* Syeikh Abdullah Daryaee adalah seorang ulama fiqh dan ilmu Islam dan salah seorang ulama Sunni. Beliau adalah seorang guru di sekolah agama Sultan al-Ulama, yang terletak di bandar Qeshm di selatan Iran.

3901100

captcha