IQNA

Keistimewaan Jamuan bulan Ramadan

8:49 - April 28, 2022
Berita ID: 3101029
TEHRAN (IQNA) - Setiap jamuan mempunyai syarat dan ciri tersendiri dan setiap majlis jamuan mengalu-alukan orang istimewa; Ramadan juga merupakan pesta jamuan yang mulia. Majlis Jamuan dengan keadaan istimewa di segala-galanya, walau apa pun yang biasa di bulan lain, menjadi istimewa di bulan Ramadan; seperti satu tarikan nafas yang biasa menjadi istimewa di bulan Ramadan.

Laporan IQNA; Dalam leksikografi, salah satu makna "Ramadan" ialah membakar, yang tidak ada asap dan abu. Adapun sebab bulan ini dinamakan Ramadan kerana dosa manusia dibakar dan musnah tanpa diketahui dan difahami oleh sesiapa.

Ramadan adalah bulan turunnya Al-Quran dan merupakan satu-satunya bulan yang namanya disebut dalam Al-Quran. Dalam tafsiran Burhan memetik sabda Rasulullah (SAW) : "Semua kitab suci samawi diturunkan pada bulan Ramadan."

Pada bulan Ramadan, orang-orang yang beriman dipanggil untuk menunaikan puasa:

«يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيامُ»

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa"  (Qs, Al-Baqarah 2:183)

Orang-orang beriman dijemput untuk bertamu dijamuan yang Allah swt sediakan: satu jamuan yang mempunyai ciri-ciri istimewa.

Ciri terpenting majlis jamuan Ramadan ialah Tuhan sendiri adalah tuan rumah dan telah menjemput orang-orang beriman secara peribadi melalaui kad jemputan wahyuNya ayat 183 surah al-Baqarah tersebut.

Satu set jamuan yang dihidangkanNya adalah ayat-ayat Al-Quran, doa, mengabulkan doa, bertaubat dan memohon ampun.

Waktu penerimaan juga adalah di bulan Ramadan, yang disebut dalam riwayat, bahagian yang pertamanya adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan yang terakhir adalah pahala.

Rasulullah (SWT) bersabda:

«هُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ وَ أَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَ آخِرُهُ الْإِجَابَةُ وَ الْعِتْقُ مِنَ النَّار»

"Dia adalah bulan yang bahagian pertamanya adalah rahmat, pertengahannya pengampunan, dan yang terakhir adalah penerimaan anugerah dan pembebasan dari api neraka."

Makanan bulan ini adalah makanan jiwa, yang diperlukan untuk pertumbuhan rohani, bukan makanan badan. Manisannya ialah bacaan ayat-ayat Al-Quran.

Dalam buku Wasail-us-Syiah menyebutkan ‌syarat-syarat berpuasa, menahan diri daripada tingkah laku dan sifat-sifat seperti; berdusta, dosa, kontroversi, hasad dengki, mengumpat, menentang kebenaran, menyalahkan dan marah, sindiran dan penindasan, mengganggu orang, kecuaian-lalai, pergaulan dengan orang yang rosak akhlak, menfitnah dan makan yang haram.

* Dipetik daripada "Tafsir Noor", karangan Muhsen Qiraati sebanyak 12 jilid. Hujatul Islam wal muslimin Qiraati ialah seorang pengulas Iran dan penyelidik Al-Quran, dilahirkan pada tahun 1959 di Kashan.

* Tafsir Burhan: -کتاب البرهان‌ فى‌ تفسير القرآن‌ - Kitab Al-Burhan dalam Tafsir Al-Quran, yang dikenali sebagai Tafsir Burhan, karangan Sayyid Hashim Bahrani (c. 1640-1696 atau 1698), yang merujuk kepada topik-topik perundangan, kisah-kisah dan hadis Nabi.

* Wasail-us-Syiah - کتاب وسائل الشيعه : Kitab yang ditulis oleh Sheikh Hur Amili (wafat 1693) dan mengandungi 36,000 riwayat dengan sanadnya mengenai pelbagai topik perundangan-ahkam fiqah.

captcha